Malaysian 125Z Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


.
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 POLISI FORUM

Go down 
AuthorMessage
chocolate
Laksamana Armada
Laksamana Armada
chocolate


Posts : 3215
Join date : 22/03/2009
Age : 37
Location : terengganu,bangi,kuala lumpur

POLISI FORUM Empty
PostSubject: POLISI FORUM   POLISI FORUM EmptyWed May 25, 2011 5:50 pm

NILAI UTAMA: SOPAN SANTUN

A. BERTIMBANGRASA AMALAN MULIA
Secara umumnya, anda tidak boleh dibenarkan untuk menulis perkara-perkara yang mungkar berikut:

- penipuan, fitnah, menghasut, tidak tepat, membuli, lucah, memperas ugut, menyebar maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran.
- sebarang penulisan @ isu yang melanggari Undang-undang Persekutuan atau Perundangan Internet di Malaysia

Admin berhak untuk memadam. menyemak semula posting tanpa memberi notis kepada pengguna.
- Dalam kes-kes yang terlalu sensetif dan menyalahi undang-undang, posting akan dipadam terus oleh Admin.
- Sebarang salahlaku yang tidak serius dari perkara di atas akan diberikan 1 amaran sahaja.
- Selepas amaran diberi, sekiranya perbuatan salah masih dilakukan, Admin akan memadam terus Akaun pengguna tanpa amaran lanjut.

B. GUNA BAHASA KEBANGSAAN
Kami menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia yang mudah difahami semua pengguna utama forum

- Sebarang loghat hendaklah digunakan ditempat atau dengan tujuan yang sesuai di dalam Forum.
- Singkatan bahasa SMS tidak digalakkan di dalam forum bagi mengelakkan salah faham.
- Admin Berhak menyunting semula Post sekiranya berlaku SALAH EJA dan susunan kenyataan yang mengelirukan.

C. ADUAN SALAH LAKU
Pertengkaran Lidah tidak dibenarkan di Forum ini.

- Sebarang salah laku hendaklah dilaporkan segera kepada Admin @ Moderator
- Tindakan memberontak hanya memburukkan keadaan.

Mari kita sama-sama menjaga keharmonian Forum.

POLISI UMUM MENGHANTAR POST


1. GUNAKAN TAJUK YANG SEMPURNA DAN SESUAI
Penggunaan Tajuk yang sempurna membantu anda mendapat jawapan yang tepat dan cepat dari pengguna lain

- Tajuk yang sesuai hendaklah diletakkan ditempat Thread Forum yang berkenaan dan berkaitan
- Admin berhak menyemak semula dan memindahkan Topic yang tidak mengikut peraturan ini.
- Sebelum menghantar post, sila baca dan semak dengan teliti apa yang hendak dihantar ke forum.

2. BACA THREAD SEBELUM MENGHANTAR POST
Anda digalakkan membaca thread dan post yang sedia ada sebelum membuka sebarang topic baru.

- Admin berhak menggabungkan sebarang topic yang berulang atau mempunyai tajuk yang serupa.
- Sekiranya maksud di bawah yang serupa wujud, anda digalakkan memberi penerangan lengkap di post pertama topik yang anda buka.

3. PENGGUNAN WARNA, SAIZ HURUF & SMILEYS
Anda digalakkan untuk menulis secara biasa dan tidak menggunakan kemudahan item secara keterlaluan pada saiz dan warna.

- Penggunaan item warna, saiz huruf serta smileys hendaklah bersesuaian dengan tujuan
- Tidak digalakkan menggunakan CAPTION kerana tulisan yg kesemuanya berhuruf besar kebiasaanya bermaksud menengking, marah, ketidak puasan hati dan sebagainya,kecuali untuk tujuan pengumuman/perhatian.
- Penggunaan Smileys yang keterlaluan akan dianggap sebagai SPAM.
- Admin berhak menyunting post yang tidak mengikut panduan ini ATAU memadam post sekiranya amaran tidak dipatuhi.

4. SPAM
SPAM ialah post yang yang mengandungi isi dan tujuan yang tidak berkaitan dengan thread @ topik yang ada.

- SPAM tidak mempunyai tujuan selain menyakitkan mata dan membazir ruang yang diberikan untuk berkomunikasi.
- Sekiranya anda mahu meluahkan perasaan dan berkongsi masalah anda, sila gunakan thread yang berkaitan.
- Admin akan memadam sebarang SPAM tanpa amaran.
Back to top Go down
 
POLISI FORUM
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysian 125Z Community :: Pemberitahuan :: Pengumuman & Cadangan-
Jump to: